image1 image2 image3

WELCOME TO MY PERSONAL BLOG|I LOVE TO DO CREATIVE THINGS | SIMPLE IS MY LIFE

Travelog Lambaian Kaabah | Harapan

Travelog Lambaian Kaabah | Harapan


Pada suatu petang hari itu, keadaan agak sibuk kejar pensyarah untuk persiapan pembentangan "Final Year Project". Alhamdulillah dapat pensyarah yang sangat berpengalaman, Cikgu Fadzli. Semua pelajar dan juga staff ketika itu memang selesa dengan paggilan cikgu. Seperti biasa, rutin untuk berjumpa dengan pensyarah  untuk berbincang berkenaan dengan projek masing-masing. Kebiasaan pada waktu petang memang jadual untuk berjumpa cikgu.

sekadar hiasan


Tok..Tok!! (bunyi macam suspen sangat ketuk pintu pensyarah) adalah perlu untuk kita menyantuni para pendidik kita dengan adab sopan. Ketika itu dah sedia dengan laptop 15' Inch yang agak berat bersama nota-nota untuk dibentangkan kepada cikgu. Kebetulan kedengaran satu lagu yang cikgu buka di PC beliau. Sangat menarik dan menyentuh kalbu. Memang tidak pernah dengar lagu tersebut sebelum ini. "Suara mirip Michel Jackson, tapi tak kan nyayi lagu islamik pulak", monolog hati berbicara. Usai sahaja perbincangan dengan cikgu selama sejam, terus teringat lagu tersebut untuk di "Google"kan. Selang beberapa minit akhirnya jumpa juga lagunya. Penyanyinya Irfan Makki - "Waiting For the Call". Memang kadang-kadang jika berjumpa dengan cikgu mesti kedengaran lagu ini. Dalam hati "mesti cikgu dapat tawaran untuk tunaikan haji tak lama lagi..amin". Oh ya, lupa lagu tersebut adalah berkenaan dengan penantian untuk ke tanah suci. Sangat menarik dan menusuk kalbu jika kita menghayati lagu tersebut. Harapan moga dapat juga jejakkan kaki ke tanah suci suatu hari nanti.


Irfan Makki - "Waiting For the Call"


Teringat pula dahulu seorang senior yang baru balik dari mengerjakan umrah menceritakan pengalamannya ditanah suci. Sangat tersentuh dan berharap agar dapat rezeki untuk ke tanah suci. Keinginan ketika itu bersungguh sungguh. Namun rezeki hanya daripada Allah. Kita hanyalah merancang.


Harapan Bertukar Kejutan

Keesokkan harinya, dapat panggilan dari pihak HEPA UniSZA yang menyatakan semua staff dan pensyarah serta perwakilan pelajar perlu hadir dalam perjumpaan bersama Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri di dewan Auditorium. Berat rasanya kaki  untuk ke dewan Auditorium tersebut kerana agak jauh juga untuk kesana, namun gagahkan jua kerana amanah. Perjumpaan tersebut adalah untuk perjumpaan bersama staff dan juga pengiktirafan Universiti Sultan Zainal Abidin sebagai Universiti Islam ke-3 Malaysia. Alhamdulillah, akhirnya diktiraf dan tersenarai setelah UIAM dan USIM.


Bersama Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri



Ketika perjumpaan tersebut, Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah dalam  menyampaikan ucapannya, satu kejutan untuk semua staff dan juga pensyarah kerana Datuk Jailani Ngah membuat pengumuman berkenaan tawaran untuk menunaikan Haji pada tahun tersebut kepada pensyarah dan staff yang terpilih. Semua Staff dan juga pensyarah sangat teruja siapakah diantara mereka yang berpeluang untuk tawaran tersebut. Dalam hati "Alangkah seronoknya pensyarah dan staff tersebut dapat tawaran itu". Memang tidak nafikan, siapa sahaja yang tidak mahu akan tawaran mengerjakan Haji dan ianya pula ditanggung sepenuhnya.


sekadar hiasan



Jauh sudut hati mengatakan "Untungnya staff dan pensyarah yang terpilih tu, aku memang harapan laa.. dah kata pun untuk pensyarah dan staff". Hanya tumpang gembira sahaja ketika itu. Namun, bagaikan terpinga, apabila namaku dipanggil semasa ucapan beliau. Ketika itu Datuk Jailani Ngah memanggilku, dan aku berdiri sambil diperhati oleh semua pensyarah dan Staff. Dalam hati, "ah sudah knapa pula aku kena panggil ni?", monolog sebentar. Lalu dilontarkan soalan, "Pernah buat haji tak?", aku terpinga dan menggelengkan kepala menyatakan tidak pernah. Terus beliau menyatakan "Pada tahun ini kamu berpeluang mengerjakan Haji di Tanah Suci".. Terpinga sejenak sambil mata berlinangan. Rasa bagaikan tidak percaya dan mimpi disiang hari. Namun ianya realiti, akhirnya aku berpeluang untuk menjejakkan kakiku ketanah suci.. Alhamdulillah, Segala Pujian-pujian hanya kepada Allah, Maha Suci Allah. Dan aku sangat bersyukur atas kurniaan rezekiNya yang tidak disangka-sangka.



Bersambung...

Share this:

CONVERSATION

2 Komen: