image1 image2 image3

WELCOME TO MY PERSONAL BLOG|I LOVE TO DO CREATIVE THINGS | SIMPLE IS MY LIFE

Tujuan Hidup Kita

iMMarZA 2013 | Tujuan Hidup Kita
Julai 2013


Assalamualaikum dan salam Sejahtera.

Alhamdulillah kita diberi ruang dan peluang sekali lagi dalam meneruskan kehidupan untuk mentadbir dimuka bumi Tuhan ini. Namun sedar atau tidak, masa terlalu cepat berlalu dan menceburui kepada insan yang benar-benar cakna akan peredaran masa tersebut. Dan secara sedar juga semakin masa itu berlalu, semakin meningkat umur kita dan semakin dekat kita kepada Pencipta kita.

Lalu Allah S.W.T Berfirman :

.وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْر

Maksudnya: 
Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian..


Persoalannya, apakah bekalan atau persiapan kita untuk menghadapi alam yang kekal abadi kelak? Disinilah perlu kita tekankan, apakah tujuan hidup kita dibumi Allah ini?  Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah S.W.T itu ada tujuan serta matlamat yang harus dilaksanakan. Manusia dijadikan sebagai Khalifah untuk mentadbir serta menguruskan hal-hal manusia di muka bumi ini. Lalu berfirman Allah S.W.T kepada manusia yang bermaksud :


" ..Sesungguhnya kami tidak mencipta kamu itu dengan sia-sia.."
Surah al-Mu'minun 23: 115

Jadi apakah yang kita harus utamakan didalam kehidupan kita setiap hari?. Jom kita "Check" kembali apakah matlamat kita dan tujuan kita hidup ini.

Pertamanya adakah kehidapan kita ini hanyalah bertumpukan pada kehidupan didunia sahaja? Sesungguhnya kehidupan Akhirat itu lebih utama dari segalanya. Jadikan matlamat hidup kita sehingga matlamat di Akhirat. Kehidupan di dunia ini adalah sementara. Kita sebagai manusia ini hanyalah Musafir sahaja (bersifat sementara). Dalam mengejar keduniaan perlu juga kita perbanyakkan Ilmu akhirat. Usah dipinggirkan dengan ilmu akhirat semata dalam merebut keduniaan sahaja.


Kedua adalah Ilmu yang kita pelajari itu adakah ilmu yang bermanfaat? Ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang kita pelajari di kongsi serta ianya menjadi satu kebaikan kepada seluruh masyarakat disekitarnya. Ilmu yang dikongsi tersebut menjadi suatu amalan serta mendatangkan kebaikkan kepada sesiapa jua yang beramal dengannya. Inilah dinamakan Ilmu yang bermanfaat kerana setiap yang diamalkan oleh seseorang yang kita kongsi ilmu tersebut mendapat ganjaran yang berkekalan selagi mana ilmu tersebut digunakan dan diamalkan.

Kedua-dua ini merupakan satu peranan yang sangat besar didalam kehidupan diri kita, namun bagaimana kita ingin laksanakan adalah terpulang pada diri sendiri untuk menentukannya. Kerana inilah satu satunya bekalan yang kita bawa untuk Akhirat yang kekal abadi. Adakah kita bersedia untuk menghadapinya kelak? Tepuk dada tanya Iman.

Sekian sahaja ringkasan Coretan saya,dan insyaallah nantikan utnuk slot yang seterusnya.. Wassalam..

Share this:

CONVERSATION

0 Komen:

Post a Comment