image1 image2 image3

WELCOME TO MY PERSONAL BLOG|I LOVE TO DO CREATIVE THINGS | SIMPLE IS MY LIFE

Travelog Lambaian Kaabah | Tiba Waktu

Travelog Lambaian Kaabah | Tiba Waktu



Hari demi hari, sedar atau tidak, masa sering sahaja berlalu dengan begitu pantas. Lebaran Aidilfitri baru sahaja berlalu pergi dan kini bermulalah kesibukan kepada bakal-bakal tetamu Allah untuk mempersiapkan diri sebelum berangkat ke tanah suci. Melihat setiap hari berita-berita untuk keberangkatan para jemaah haji pada tahun ini, membuatkan setiap kenangan yang aku lalui dahulu menjadi satu kenangan yang tidak dapat luput dari ingatan.


Musim Haji 2013


Setiap kali musim haji, aku akan mengimbau kembali perjalananku menjadi tetamu Allah disana sama seperti mereka yang lalui pada tahun ini. Teringat kembali sebelum keberangkatan aku kesana. Boleh katakan setiap hari juga, aku membelek-belek kalendar untuk menghitung hari yang berbaki untuk menjejakkan kaki ke tanah suci. Perasaan serta keinginan untuk kesana bertambah teruja dan bersemangat.  


Sudah tentu perkara yang penting untuk kita menunaikan haji adalah ilmu dan kesihatan fizikal. Walaupun kelihatan ramai warga emas yang akan menunaikan ibadah haji bersama, sedikitpun riak wajah mereka tidak merasakan beban kepada mereka. Mungkin semangat serta teruja mengatasi dari usia mereka. Hati siapa yang tidak teruja menjadi tetamu Allah. Pastinya kita semua umat Islam ingin menunaikan rukun Islam yang ke-5 ini.


Waktu Keberangkatan

Seminggu sebelum keberangkatan, persiapan keperluan sudah di "Pack" awal-awal. Takut jika ada barang yang tertinggal dan yang paling penting, waktu dan masa keberangkatan juga disemak terlebih dahulu. Risau bercampur gembira menyulubungi diri ketika itu. Takut-takut terlepas flight katakan. Sebab pernah sekali tertinggal flight, yang membuatkan rasa tak senang duduk untuk buat persiapan terakhir.






Sewaktu hari keberangkatan, pada waktu petang itu agak sedikit kelang kabut untuk bersiap kerana sebelum ke pusat Tabung Haji Kelana Jaya, aku dan beberapa petugas jemaah haji perlu berkumpul di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi) di Putrajaya terlebih dahulu untuk menguruskan jemaah disana. Owh ya, aku diberi tugasan sekretariat untuk melancarkan perjalanan jemaah haji di sini. 





Kini tiba waktu keberangkatan untuk penerbangan awal dari Putrajaya ke Pusat Tabung Haji di Kelana Jaya. Melibatkan beberapa buah bas jemaah haji menuju ke Kelana Jaya diiringi dengan suasana yang penuh kesyukuran dari keluarga dan para jemaah haji. Seusai tiba di Pusat Tabung Haji Kelana Jaya, kelihatan ramai saudara-mara, keluarga dan sahabat handai tiba dipusat tersebut untuk melihat keberangkatan para jemaah haji disana.


 
(Bersama Rakan dan keluarga sebelum pelepasan di Pusat TH Kelana Jaya)

Ketika itu aku masih menguruskan para jemaah haji yang lain. Alhamdulillah, kelihatan keluarga dan sahabat-sahabat aku juga tiba disana untuk bersama sebelum keberangkatan. Sebak rasanya. Sebak bercampur teruja untuk ke tanah suci. Dorongan nasihat dan semangat dari keluarga dan sahabat-sahabat tidak putus diberikan. Alhamdulillah. 


Bersambung..

Share this:

CONVERSATION

0 Komen:

Post a Comment