image1 image2 image3

WELCOME TO MY PERSONAL BLOG|I LOVE TO DO CREATIVE THINGS | SIMPLE IS MY LIFE

Something New

iMMarZA 2013 | Something New
June 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Dah dua bulan tak sentuh blog ni hampir bersawang.. hehe apapun sepanjang dua bulan ini banyak perkara baru yang kita dapat lihat disini antaranya...

1. Kemasukkan Pelajar Diploma Baru di Universiti Sultan Zainal Abidin

-Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada pelajar Diploma baru yang baru sahaja menjejakkan kaki mereka ke menara Gading. Dan Alhamdulillah kerana terpilih untuk melanjutkan pelajaran mereka di UniSZA ini. Pesanan saya kepada adik-adik yang baru sahaja memulakan kehidupan sebagai Mahasiswa/i, carilah sabnyak mana ilmu yang diberikan, dan perlu berusaha dan sabar didalam mencari ilmu itu. Tidak semuanya perkara itu boleh didapati secara mudah, ianya memerlukan usaha dan daya kretif sewaktu anda berada di alam Universiti.. Buang sikap hanya 3K (Kuliah,Kafe,Katil).Jadilah Mahasiswa/i Proaktif dan Dinamik.. Dalam mencari Ilmu itu usah dibuang Akhlak dan keperibadian serta kerohanian dalam diri.. Tingkatkanlah juga Ilmu Agama kerana Ilmu Agama inilah yang akan memandu kita kepada lebih mengenali Pencipta kita..






2. Lawatan ke Kampus Tembila,Besut UniSZA yang baru

-Alhamdulillah baru-baru ini pihak Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA sesi 2012/13 mengadakan lawatan kerja ke Kampus baru UniSZA di Besut. Banyak pembangunan yang baru dinaikkan dan masih dalam pembagunan. sedikit sebanyak dapat dilihat perubahan serta peningkatan di sekitar Kampus Besut disana.. Insyaallah pelajar akan mula masuk pada sekitar September ini dan harapan segala fasilitis dan kemudahan siap sepenuhnya sebelum Pelajar dapat memulakan ditempat yang baru ini..








3. Kementerian Pengajian Tinggi yang baru

-Pada kali ini Perdana Menteri telah mengumumkan barisan Kabinet yang baru diantaranya Kementerian Pengajian Tinggi dan Pelajaran :


(1) MENTERI I: YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN
(2) MENTERI II: YB DATO’ SERI IDRIS BIN JUSOH
(3) TIMBALAN MENTERI I: YB DATUK MARY YAP KAIN CHING
(4) TIMBALAN MENTERI II: YB TUAN P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN
Sumber : http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?id=3268
Harapan dapat memberi nafas baru kepada pendidikan di negara ini dan memeberikan khidmat yang terbaik didalam sektor pendidikan.


4. Hampir kepada Bulan Ramadhan..

-Sedar atau tidak kita baru sahaja memasuki bulan Syaban dan hanya beberapa hari sahaja lagi untuk kita menghadapi serta menyambut kedatangan Ramadhan yang pernuh Barakah serta Kemuliaannya.. Bulan Syaban ini perlu kita mempersiapkan diri kita untuk menghadapai Ramadhan. Persediaan Rohani serta jasmani perlu bersedia dengan Ilmu dan memanfaatkan masa anda dengan memperbanyakkan bacaan Al-Quran dan sebagainya.. Insyaallah dengn persediaan yang dirancang ini dapat ianya menjadi suatu rutin harian kita bukan sahaja hanya semata untuk Ramadhan tetapi tarbiah sewaktu menjalani Ibadah di bulan Ramadahan itu dapat diadaptasikan didalam kehidupan seharian. Insyaallah





Akhir kata dari saya Selamat menjalankan hari-hari anda dengan penuh ceria dan moga hidup ini Diberkati Allah S.W.T..


Share this:

CONVERSATION

3 Komen: