image1 image2 image3

WELCOME TO MY PERSONAL BLOG|I LOVE TO DO CREATIVE THINGS | SIMPLE IS MY LIFE

PRU13 : Pesanan


iMMarZA 2013 | PRU13 : Pesanan
April 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua blogger, Tarikh Pilihanraya Umum 13 (PRU13) pada 5 Mei 2013 merupakan hari yang sangat bermakna dan penting kepada Rakyat Malaysia kerana ia yang menentukan masa hadapan  Negara. Tanggungjawab terletak ditangan rakyat yang memilih pemimpin yang mampu memerintah negara ini dengan penuh amnah dan tanggungjawab.



Dalam semangat untuk mengempen setiap ahli politik, perlu ditekankan agar segala perbuatan, tingkah laku serta pertuturan haruslah jaga. Sebagai seorang muslim serta sesorang rakyat harus menunjukkan contoh serta tauladan yang baik. Bersainglah dengan sihat agar politik sesuatu negara ini lebih segar dan profesional. Sering melihat di laman Sosial dan Media Massa saling jatuh menjatuhkan serta memburuk-burukkan antara satu sama lain, dan secara tidak langsung akan timbul perpecahan ummah itu sendiri dengan perbuatan yang dilakukan. Tomahan demi tomohan dilontarkan. Dan secara tidak langsung membuat orang lain akan timbul rasa benci antara saudara sendiri didalam diri. Perkara ini melihatkan keadaan yang tidak baik dan memperlihatkan suatu keburukan kepada politik tersebut.

Menarik antara ceramah Ustz Don mengenai Pilihanraya yang akan berlangsung..




يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ أَطِيعُواْ اللّهَ وَأَطِيعُواْ الرَّسُولَ وَأُوْلِي الأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيل


Maksudnya: "Wahai orang yang beriman taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul dan pemimpin dalam kalangan kamu. Jika kamu bertelingkah dalam sesuatu perkara maka rujuklah kepada Allah dan Rasul (al-Quran dan Hadis) jika kamu benar-benar beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, demikian lebih baik dan sebaik-baik tindakan." (Surah al-Nisa’: 59)

Jelas akan ayat-ayat Allah S.W.T ini moga-moga diambil sebagai panduan kepada semua agar pilhanraya serta politik negara lebih berhikmah. Akhir kata Undilah pemimpin yang mampu menaikkan lagi negara di mata Dunia dan menegakkan biah Islamiah di negara ini. Carilah pemimpin yang bertanggungjawab didalam melaksanakan amanah yang diberikan. Pilih pemimpin yang dapat memberi manfaat kepada rakyat dan cakna akan permasalahan rakyatnya. Segalanya merupakan tanggungjawab anda yang menentukan pemimpin negara yang bertanggungjawab..



Wallahualam..

#SayaPilihMalaysia

Share this:

CONVERSATION

0 Komen:

Post a Comment