image1 image2 image3

WELCOME TO MY PERSONAL BLOG|I LOVE TO DO CREATIVE THINGS | SIMPLE IS MY LIFE

PRU13 : Peranan Mahasiswa


iMMarZA 2013 | PRU13 : Peranan Mahasiswa
April 2013


Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Alhamdulillah detik 3 April 2013 telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri  Najib Razak mengenai pembubaran Parlimen pada hari ini. Ini menandakan Pilihan Raya Umum Malaysia ke 13 (General Election 13) akan dilaksanakan.


Menjelang PRU13 yang akan tiba, pelbagai riaksi serta pandangan oleh orang ramai sedikit sebanyak dapat melihat arus perubahan kepada negara ini. Ini juga menunjukkan kematangan serta cakna akan suatu isu dan perlaksanaan tugas pentadbir negara. dari sudut Mahasiswa juga perlu mengambil cakna serta maklumat mengenai hal didalam Negara ini supaya ia tidak dilebel sebagai "Katak dibawah Tempurung". Mahasiswa juga merupakan sebagai satu "Check and Balance" didalam arus kemajuan serta perubahan kepada suatu negara. Mahasiswa harus matang didalam membincangkan   isu-isu negara serta mebicarakan masa hadapan negara dengan hikmah dan lebih baik.

gambar hiasan

Namun demikian, seharusnya mahasiswa menjadikan modal insan atau "Role Model" kepada negara ini dengan memastikan, bahawa mahasiswa juga sebagai medium perubahan serta kesedaran kepada masyarakat, tanpa kita lupa tugas serta fokus utama sebagai seorang mahasiswa adalah menuntut Ilmu dengan cemerlang. Mahasiswa perlu Rasional, Dinamik, dan Berilmiah juga menunjukkan akhlak sebagai seorang mahasiswa yang berilmu. Jadikan perbincangan secara berilmiah bukan "peperangan" semoga dengan ini Insyaallah Modal Insan yang diharapkan sebagai Pelapis kepada Negara ini dapat melahirkan sebuah negara yang Sihat dan berhikmah dari sudut Politik.



Kepada yang layak mengundi, jangan lupa tanggungjawab kepada negara. Masa depan negara juga diatas tanggungjawab anda sebagai pengundi pimpinan yang akan datang..

#SayaPilihMalaysia

Share this:

CONVERSATION

1 Komen: