image1 image2 image3

WELCOME TO MY PERSONAL BLOG|I LOVE TO DO CREATIVE THINGS | SIMPLE IS MY LIFE

Kesabaran Dalam Dugaan

Kesabaran Dalam Dugaan | Khutbah Jumaat 1st 2012

Jumaat,6 Januari 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni Khutbah di Masjid UniSZA Terengganu menceritakan mengenai perlunya kesabaran didalam apa jua keadaan dan juga didalam kita menimpa musibah...


Sedikit pengajaran buat diri saya tentang pentingnya kita bersabar dalam menghadapi ujian. dalam kita diuji juga janganlah kita lupa akan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah iaitu Solat.

Sabar dan Solat perlulah selari kerana setiap dugaan itu adalah peluang kita untuk mendekatkan diri kepadaNya..



Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.



Azam Tahun Baru :
Saya juga mengingat pada diri saya mengenai azam tahun baru. kita sering kejar cita-cita yang tinggi. Ingin perusahan yang Maju, Ingin berjaya dalam Pelajaran, Berjaya dalam semua aspek pekerjaan..

Tetapi apakah azam kita untuk Ukhrawi pula? adakah meningkat? perlunya kita selarikan azam kita juga untuk berjaya untuk Ukhrawi. sekurang-kurangya jika dulu Solat sensorang, kita cuba untuk solat berjemaah, atau dulunya jarang, sedekah ringan- ringan beri bantuan kerana itulah bekalan yang kita akan bawa kelak


sekadar renungan dan coretan yang dapat saya kongsikan kepada Bloger yang aktif ni..hekhke  apapun jadilah hari-hari anda yang terbaek..okkeyh

pesanan diri saya dan anda semua " Allah akan sentiasa bersama-sama orang yang sabar"

wasalam...





Share this:

CONVERSATION

5 Komen:

  1. sabar itu separuh daripada IMAN.

    ReplyDelete
  2. setiap kesabaran pasti ada hikmahnya..:)

    kita selalu mementingkan azam di dunia, dan sering melupakan bahawa kehidupan kite yg kekal di akhirat kelak..

    ReplyDelete
  3. salam!!...

    betul tu setiap kesabaran pasti ada hikmah yakni ganjarannya sama ada di dunia ataupun di akirat..

    awak selalu blogwalking blog saya kan..thanx. blog ko very informatif la..

    salam perkenalan..

    ReplyDelete
  4. everything happen has their own reason. kita perlu sabar je hadapi dugaan utk trus hidup :)

    ReplyDelete