image1 image2 image3

WELCOME TO MY PERSONAL BLOG|I LOVE TO DO CREATIVE THINGS | SIMPLE IS MY LIFE

Kemaskini Paparan Tahun

Blogger? Sudahkah anda mengemaskini tahun pada bahagian bawah (Footer) blog anda?


Kebiasaan pada setiap tahun baru, kebanyakkan blogger atau pembangun web akan mengemaskini tahun pada bahagian bawah web atau blogger. Ia mempunyai kaedah yang mudah untuk menjadikan tahun anda mengikut pada tahun semasa secara automatik dengan menggunakan Dynamic Stamp.

Dengan menggunakan dynamic timestamp, kemaskini paparan tahun pada penghujung laman web akan dikemaskini secara automatik, dan anda tidak lagi perlu melakukannya secara manual seperti biasa.

Antara kaedah mudah adalah dengan menggunakan JavaScript ataupun menggunakan kod khusus untuk PHP. Sebagai contoh, sekiranya anda menggunakan sistem seperti Joomla atau WordPress, anda boleh menggunakan kod PHP, dan menjadikan kemaskini paparan tahun pada penghujung web anda dikemaskini secara automatik.




Sekiranya anda menggunakan WordPress atau sebarang CMS berasaskan kepada PHP, anda hanya perlu menyalin kod berikut, dan menggantikannya pada bahagian paparan tahun, dan ia akan memaparkan tahun semasa berasaskan kepada tetapan pelayan web anda.



<?php echo date("Y"); ?>

Sementara sekiranya anda menggunakan kod pembangunan selain daripada PHP, anda mungkin boleh mencuba kod JavaScript khusus berikut, dan membolehkan ia dikemaskini secara automatik mengikut tetapan pengguna atau pelayan web.


<script type="text/javascript">
  document.write(new Date().getFullYear());
</script>



Jadi, sekiranya anda merupakan pembangun web, mungkin boleh menggunakan kedua-dua kod ini, dan menjadikan kemaskini paparan tahun pada web anda bertukar secara automatik dan bukannya perlu dilakukan secara manual seperti kebiasaan.


SumberKemaskini Paparan Tahun

Share this:

CONVERSATION

0 Komen:

Post a Comment