image1 image2 image3

WELCOME TO MY PERSONAL BLOG|I LOVE TO DO CREATIVE THINGS | SIMPLE IS MY LIFE

Kemerdekaan Sebuah Anugerah

iMMarZA 2013 | Kemerdekaan Sebuah Anugerah
Ogos 2013


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca. Masih sempat saya ingin sampaikan kerana masih didalam bulan Syawal yang penuh keberkatan ini. Namun dalam kita bergembira menyambut hari lebaran, eloklah kiranya untuk kita bermuhasabah diri serta mengambil pengajaran setelah kita menempuh Bulan Ramadhan yang telah meninggalkan kita. Adakah kita mengekalkan prestasi Ibadah kita kepada Allah, atau sekadar menjadi hamba Ramadhan semata-mata. Pesanan ini juga seringkali membuat saya berfikir utnuk koreksi diri. Mudah-mudahan dengan pentalbiahan kita sewaktu Ramadhan akan kekal hingga akhirnya..



Alhamdulillah segala puji bagi Allah dalam mengecapi kenikmatan dan kesejahteraan hidup dinegara ini perlulah kita memperbanyakkan kesyukuran kepada Allah S.W.T yang memberi kita segala kenikmatan serta kesejahteraan yang beri olehNya. Sedar atau tidak negara kita Malaysia ini sudah hampir 56 tahun kita mengecapi nikmat kemerdekaan ini. Nikmat ini merupakan satu anugerah yang diberikan oelh Allah S.W.T. Selari dengan firman Allah yang bermaksud:

" Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti kami akan menambah (nikmat) kepada mu dan jika kamu kufur mengingkari (nikmat ku) maka sesungguhnya azab ku amat pedih."
(QS. Ibrahim :7)"

Anugerah yang kita kecapi hari ini hendaklah kita menjaganya selari dengan syariat Islam itu sendiri. Usahlah kita terlalu membangga serta kufur akan nikmat serta anugarah yang diberikan. Ini kerana jika dengan kekufuran yang diperoleh dari setiap masyarakat akan mengundang kemurkaan Allah. Setiap anugerah dan nikmat itu merupakan satu ujian kepada hambaNya. Bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud :

" Itulah sebahagian dari kurnia Tuhan ku untuk menguji ku apakah aku bersyukur atau kufur (akan nikmat kurnianya)"
(QS.An Naml :40)

Oleh itu, kita sebagai makhluk yang bertuah ini agar kita mengecapi nikmat serta anugerah yang diberikan oleh Allah S.W.T ini dengan kita memperbanyakkan Syukur kepadaNya dengan kita menjaga serta memastikan kesejahteraan dinegara ini akan terus dinikmati oleh generasi yang akan datang. Pertahankan maruah Agama, Bangsa dan Negara yang kita kecapi ini dengan penuh ketaqwaan serta berhikmah supaya kita tidak kufur diatas nikmat yang kita perolehi hari ini.

Salam Lebaran, dan Salam Kemerdekaan..
Wasalam..

Share this:

CONVERSATION

0 Komen:

Post a Comment