image1 image2 image3

WELCOME TO MY PERSONAL BLOG|I LOVE TO DO CREATIVE THINGS | SIMPLE IS MY LIFE

UniSZA Bakal Buka Kampus di China

iMMarZA 2013 | UniSZA Bakal Buka Kampus di China
Julai 2013


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua..

Baru-baru ini Timbalan Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin mengumumkan UniSZA akan membuka Kampus di luar negara iaitu di China dan juga didalam negara iaitu di Kuala Lumpur. Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Prof. Dr. Yahaya Ibrahim berkata universiti tersebut akan berkolaborasi dengan universiti-universiti di China dengan mewujudkan kampus disana.

“Kita jangka pengambilan sesi pertama membabitkan pelajar 500 pelajar akan bermula September ini,” katanya dalam sidang media selepas hadir pada Majlis Ucap Tama Tahunan Naib Canselor dan Penganugerahan Kecemerlangan UniSZA 2013 di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man pada 1 Julai 2013.

Ini adalah bertujuan untuk menarik minat pelajar-pelajar luar negara dan antarabangsa yang ingin melanjutkan pelajaran mereka di universiti ini.





 “UniSZA akan menyediakan kursus yang mendapat permintaan dan turut menawarkan tempat pengajian dengan pelajar Muslim di China bagi penempatan kampus di negara berkenaan di samping kursus sedia ada yang ditawarkan di Unisza.,” katanya.

Harapan agar universiti tempatan khususnya di UniSZA ini dapat lagi menarik pelajar antarabangsa dari seluruh pelusuk negara bagi mencapai matlamat serta saranan dari pihak KPT untuk menjadi hub pendidikan tinggi negara bertaraf dunia.. Insyaallah..

Tahniah diucapkan..

Rujukan : http://teganukita.blogspot.com/2013/07/unisza-buka-kampus-di-china.html

Share this:

CONVERSATION

0 Komen:

Post a Comment