image1 image2 image3

WELCOME TO MY PERSONAL BLOG|I LOVE TO DO CREATIVE THINGS | SIMPLE IS MY LIFE

Perjuangan Belum Selesai..

Perjuangan Belum Selesai
Mr.Red Activity | September 2012

Assalamualaikum dan salam Sejahtera kepada semua blogger..

Hurmm sekarang telah bermulanya Pilihan Raya Kampus (PRK) di setiap universiti.. seperti kebiasaannya perang poster dan pesta kempenkan diri telah bermula. Masing2 mempunyai bakat kepimpinan tersendiri serta matlamat mereka untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kampus kali ini...

Perjuangan yang Belum selesai.. Apa yang diperjuangkan oleh mereka sebenarnya? apakah matlamat mereka sebenarnya? Adakah mereka bertanding atas dasar matlamat peribadi atau untuk mahasiswa? apakah ada unsur luar yang menyebab mereka perlu bertanding atau pihak berkenaan yang memaksa mereka untuk bertanding?

Tak penting pun semua itu, apa yang penting adalah kemampuan mereka demi kebajikan pelajar dan juga universiti masing-masing.. Dan perlu diingatkan segala pemilihan adalah tanggungjawab kepada semua pelajar yang menentukan jatuh dan naiknya suatu institusi..


Beringatlah, segala pemilihan kepimpinan merupakan tanggungjawab pada semua pelajar. Jadikan suatu institusi itu menjadi suatu Role Model kepada sesebuah institusi penajian yang lain. Kekalkan Keharmonian di tempat belajar, dan bersyukurlah kerana kita diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran yang dahulunya kita idamkan untuk kemenara gading..Jangan jadikan ia satu wadah perpecahan dan juga kejatuhan suatu institusi pengajian kita atas kerana mengikut segala petunjuk emosi dan hawa nafsu. Jadilah Mahasiswa yang bijak yang bakal memimpin negara..

Sekadar pandangan dan pendapat mengenai PRK yang menjelang ini.. Pilihlah pemimpin yang mampu menjaga kebajikan pelajar bukanlah kerana ingin menjatuh mana-mana pihak dengan hanya menurut kemahuan PERIBADI sahaja..


"Mahasiswa Pemangkin Inspirasi Bersama"




Share this:

CONVERSATION

4 Komen:

  1. depa nak jadi femes je.. yang betol2 bertanggungjawab sikit je kelompok dye

    ReplyDelete
  2. NighBerkz : yup2 sbb itu sekarang kebanyakkan mereka lebih bermatlamatkan peribadi dari kebajikan pelajar..

    ReplyDelete
  3. Hai! Salam kenal! MM datang terjah & follow dari "Senarai Bakal Di Review Tiga Suku" by MK Syahir..

    Follower #310.. ^^,

    ReplyDelete
  4. kat u tak penah pun megundi sb xtau apa yg dorg bt.. hnya geng2 je la join

    ReplyDelete