image1 image2 image3

WELCOME TO MY PERSONAL BLOG|I LOVE TO DO CREATIVE THINGS | SIMPLE IS MY LIFE

Hanya Peringatan

Hanya Peringatan
NighBerkz News | NighBerkz Pedoman Mac 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah lihat pada berita mengenai Anak Tinggalkan Ibu di Hotel selesai. Ia hanyalah satu anggapan daripada masyarakat.



KUALA LUMPUR: “Emak saya bang, takkan saya tak sayang. Apapun yang berlaku, sebagai anak saya mohon ampun dan maaf dengan apa yang terjadi. Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya ketika ini, saya harap mak memahaminya,” kata Amir Mohd Omar, 27, anak Faridah Maulud, ibu yang ditinggalkan di sebuah hotel bajet di sini sejak 3 Mac lalu.
“Saya buntu dan seperti tenggelam punca kerana dalam hati tidak terlintas langsung untuk menyusahkan ibu seperti itu. 
“Kejadian ini menyebabkan saya dihubungi sanak-saudara yang selama ini tidak tahu kedudukan sebenar saya walaupun sudah lima tahun menetap dan bekerja di ibu negara. Ada yang memberikan reaksi positif dan ada yang menyalahkan saya sebagai punca semua ini berlaku.
“Namun, saya buat begini kerana sayangkan mak dan mahu dia selesa. Kalau mampu, sudah tentu saya tempatkan dia di rumah sendiri kerana selama ini kami berkongsi susah dan senang,” katanya ketika bersetuju bertemu wakil Harian Metro selepas beberapa kali dihubungi, semalam.


Sumber myMetro : http://www.hmetro.com.my/articles/2012031004002220120310040022/Article



Walaubagaimanapun, ia bukanlah ingin memburukkan beliau untuk itu tetapi disebaliknya agar kita mengambil ikhtibar akan pentingnya tanggungjawab keatas ibubapa kita.

Sayangilah ibubapa Kita selagi Mereka masih ada....


wasalam..

Share this:

CONVERSATION

2 Komen:

  1. lebih baik usaha cara yang lebih baik...
    hantar ke rumah kebajikan kalau keadaan sgt memaksa. bukan ditinggal-tinggalkan.

    ReplyDelete
  2. Allah memang Maha mengetahui, tapi cara dia ni salah, kalau nak bagi ibu selesa tempat tinggal tapi jiwa dan mental terseksa nak buat apa?

    ReplyDelete